“Saya rasa terlalu gementar...” - YouTuber Pavithra tergamam, hilang kata-kata saat bersua muka pertama kali dengan PM

Pasangan YouTuber, Sugu Pavithra disapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya. Foto: Bernama

JIKA sebelum ini hanya bersua muka menerusi alam maya, hari ini menjadi detik yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan YouTuber terkenal, Sugu Pavithra apabila bertentang mata buat pertama kali dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pertemuan berkenaan, Muhyiddin dengan ramah dan spontan menyapa pasangan yang berjaya memikat hati rakyat pelbagai kaum menerusi video masakan mereka.

"Pavithra, tak masak ke?" tanya Muhyiddin spontan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat luas ya” - Pasangan Sugu Pavithra rehat seketika sental periuk, kongsi video pindah rumah baharu selepas dapat ‘durian runtuh’ dari YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Ramah mesra dalam sidang video, PM sempat usik pasangan YouTuber Sugu Pavithra - “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing?”

Dek kerana terlalu gugup, sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas pasangan YouTuber tersebut.

S.Pavithra berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.

"Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya.."

"Perkataan saya tersekat sikit," kata suri rumah yang berusia 28 tahun itu kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya, pada Khamis.

Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan oleh Perdana Menteri.

Pasangan suami isteri itu berkata mereka merasakan Rukun Negara adalah dasar yang mengeratkan perpaduan negara.

Mereka yang terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak yang masih kecil.

"Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuba menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka," kata Pavitra. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain