Spa, pawagam antara yang kembali beroperasi hari ini

Pawagam antara yang kembali dibuka hari ini.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.

Apa yang menjadi tumpuan adalah semua sektor yang dibenarkan ini berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini kerana, pematuhan SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan negara menuju ke arah negara bebas pandemik Covid-19 sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan strategi keluar setelah lebih tiga bulan dibelenggu virus tidak bervaksin ini.

Jika sebelum ini terdapat kekhuatiran dalam kalangan masyarakat terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan kerajaan akan mencetuskan gelombang baharu, namun kes baharu positif Covid-19 nampaknya semakin terkawal.

Perkara ini diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan menyatakan bahawa walaupun pelbagai sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun penularan kes dalam komuniti adalah terkawal.

Beliau dipetik sebagai berkata bagi memastikan proses pemulihan negara berjalan lancar, kerajaan menyediakan SOP untuk kesemua sektor memandangkan pematuhan kepada SOP menjadi faktor utama dalam memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

Jika diimbas kembali, selain kebenaran operasi kepada sektor ekonomi dan subsektor pelancongan, kerajaan turut membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula hari ini setelah kebenaran sama diberikan kepada pelajar tingkatan lima dan enam pada 24 Jun lepas.

Bagaimanapun, kesemua sektor tersebut perlu mematuhi SOP selain amalan kebersihan diri yang perlu diutamakan setiap masa walau di mana sahaja berada dan terpakai kepada semua peringkat usia.

Selain itu, dalam keghairahan mereka yang sekian lama tidak melakukan aktiviti rekreasi dan riadah termasuk membawa anak-anak ke taman tema air, kawalan kendiri menjadi perkara yang penting bagi memastikan penularan Covid-19 diputuskan sebagaimana dihasrat kerajaan.

Demikian juga mereka yang mahu 'memanjakan diri’ di pusat spa, 'wellness’ dan urut kaki, mereka perlu memastikan premis yang dikunjungi tidak hanya mengambil bacaan suhu tetapi melaksanakan semua langkah pencegahan yang ditetapkan.

Tidak dilupakan peringatan kepada ‘mok de dan pok de’ yang dijemput menghadiri pelbagai majlis termasuk majlis perkahwinan pada hujung minggu ini, sebagai warga emas yang berisiko, golongan ini diharap menjaga jarak sosial selain memakai pelitup muka dan tidak bersalam-salaman dengan tetamu lain. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

spa, pawagam, PKPP, Covid-19, SOP

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain