suria

Paling rendah! Hanya 1 kes import, tiada kes penularan tempatan setakat Rabu

Malaysia catat satu kes sahaja pada Rabu.

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan hanya satu kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,640 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 144 kes, dan pesakit telah diasingkan serta diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka terendah... Malaysia catat 2 kes Covid-19 pada Selasa

Katanya, satu baharu yang dilaporkan hari ini, adalah kes yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara dilaporkan pada hari ini iaitu sifar penularan tempatan," katanya dalam sidang media pada petang Rabu.

Beliau juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes," ujarnya.

Setakat Selasa, 21 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,375 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Dalam pada itu, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, dua kes memerlukan bantuan pernafasan yang melibatkan kedua-dua negara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain