suria

Hanya 3 kes baharu Covid-19 direkodkan, tiada kes import

Malaysia mencatatkan sebanyak tiga kes positif Covid-19 pada Selasa. Gambar hiasan. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tiga kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,590 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 283 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada tiga kes baharu yang telah dilaporkan, kesemuanya merupakan kes penularan di dalam negara, iaitu dua kes adalah bukan warganegara dan satu kes adalah warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 15 kes baharu Covid-19, 13 kes libatkan warga asing

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan pada Selasa.

"Satu kes daripada Kluster Pedas (Negeri Sembilan) yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.

"Dua kes daripada Kluster MDR (Sabah) yang melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. Mereka merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8506," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkenaan.

Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kematian.

Sehingga hari ini, sembilan kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,186 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, tiga kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain