suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 15 kes baharu Covid-19, 13 kes libatkan warga asing

Malaysia catat 15 kes pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,578 kes setakat Isnin.

Daripada 15 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import jangkitan luar negara melibatkan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini 16 kes baharu Covid-19, tiada kematian dicatatkan pada Ahad

Selebihnya, 13 lagi kes penularan tempatan melibatkan bukan warganegara iaitu satu kes di Selangor dan 12 kes di Negeri Sembilan (kluster Pedas).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 121 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 21 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,177 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain