suria

Elak salam, cium... ubah tingkah laku untuk putuskan rantaian Covid-19!

Kerajaan mempertimbangkan penggunaan hotel dan resort sebagai pusat kuarantin Covid-19.

GRAF jangkitan Covid-19 di Malaysia mampu dikawal jika masyarakat di negara ini mengubah tingkah laku.

Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media pada Rabu.

"Nampak graf tanda-tanda awal ia dapat dikawal. Bagi kita tempoh dua minggu. Apa yang penting, setiap daripada kita perketatkan amalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kes Covid-19 terus meningkat kepada 2,908, terkini 45 kematian

"Duduk rumah, basuh tangan, jaga jarak sosial. Ramai terkesan tapi kita perlu ubah tingkah laku.

"Bila jumpa tak perlu salam, jauh sekali nak bercium. Itulah amaln-amalan kita sekarang. Kita harap dapat melandaikan lengkuk yang diunjurkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan pihaknya telah mengenalpasti lebih 334 pusat kuarantin di seluruh negara buat masa ini.

Malah, dia tidak menolak sekiranya ada hotel dan resort yang dijadikan sebagai pusat kuarantin, selain Institut Latihan Awam dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Hari ini sudah ramai (pesakit) yang kita kenal pasti sebagai negatif tetapi ada kontak rapat dengan mereka yang positif.

"Jadi kita tempatkan mereka di pusat kuarantin... lebih 4,000 orang sekarang. Banyak tempat kita akan maklumkan nanti.

"Hotel dan resort kita dalam proses pertimbangan. Mungkin kita akan lihat sehari dua lagi kita akan kenal pasti hotel dan resort mana.

"Dan kita juga kena kerahkan anggota-anggota kita sama ada polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga KKM untuk bertugas di hotel tersebut," ujarnya.

hotel, resort, pusat kuarantin

Artikel Lain