suria

Idea mana ganti bazar Ramadan... e-bazar, online bazar, bazar drive-thru? - “Yang pasti kena elak perhimpunan...”

KKM akan melihat garis panduan terlebih dahulu sebelum meluluskan atau menerima pakai idea-idea baharu yang dikemukakan. Foto: The Star

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti idea penganjuran e-bazar Ramadan atau bazar Ramadan secara dalam talian (online) yang dikemukakan oleh pelbagai pihak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kementerian sentiasa terbuka dengan idea-idea terkini, namun ia perlu diteliti selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP dilanjutkan hingga Ramadan?... Masih terlalu awal, tunggu selepas minggu pertama April kata Dr Noor Hisham

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor batal bazar Ramadan tahun ini

"Amalan setiap tahun, sebagai contoh yang ditimbulkan semalam ialah bazar Ramadan.

"Mungkin ada prinsipal panduan KKM yang kena patuh tapi mungkin kita boleh rakamkan idea baharu contohnya e-bazar Ramadan, online bazar Ramadan ataupun drive thru bazar Ramadan.

"Yang pastinya kena elakkan perhimpunan yang ramai dan menjaga penjarakan sosial. Kita terbuka pada idea-idea terkini yang dikemukakan kepada KKM," ujarnya dalam sidang media pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan melihat garis panduan terlebih dahulu sebelum meluluskan atau menerima pakai idea-idea baharu yang dikemukakan.

Sebelum ini wujud tanda tanya pelbagai pihak mengenai penganjuran bazar Ramadan yang menjadi tradisi setiap tahun, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April iaitu iaitu hanya kira-kira 10 hari sebelum umat Islam berpuasa.

Dr Noor Hisham pada Isnin dilaporkan berkata, keputusan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga bulan puasa hanya dapat diputuskan selepas KKM meneliti trend atau situasi semasa kes Covid-19, selepas minggu pertama April.

Umat Islam dijangka mula berpuasa sebulan sepanjang Ramadan bermula 24 April ini.

Sehingga kini, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan mengambil kira situasi semasa Covid-19.

e-bazar, pandu lalu, Ramadan, KKM

Artikel Lain