suria

PKP Fasa 2 lebih tegas, perjalanan beli barang dihadkan dalam jarak 10km dari kediaman

Peraturan di bawah PKP Fasa 2 lebih tegas di mana individu hanya dibenarkan membuat perjalanan dalam radius 10km dari jarak kediaman.

SEBARANG urusan perjalanan untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat-ubatan atau makanan tambahan (supplement) dihadkan kepada 10km dari jarak kediaman masing-masing, akan dikuatkuasakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 bermula 1 hingga 14 April.

Ini merupakan antara perkara yang disenaraikan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Di bawah Peraturan yang dimuat naik di laman web Peguam Negara pada hari Rabu, pergerakan dalam radius 10km ini terpakai kepada orang yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat-ubatan atau makanan tambahan (supplement).

ARTIKEL BERKAITAN: PKP fasa 2: Hanya seorang dalam satu kenderaan... sekatan jalan raya, plaza tol lebih banyak

ARTIKEL BERKAITAN: Penguatkuasaan PKP lebih tegas...“Sebenarnya ini kemahuan rakyat” - Ismail Sabri

Di samping itu, ia menyatakan bahawa perjalanan tersebut tidak dibenarkan untuk disertai oleh individu lain melainkan jika ada keperluan.

Ia menambah bahawa jika seseorang perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain atas "sebab yang khusus dan tertentu", individu itu perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang bertugas di balai polis berhampiran kediamannya.

Peraturan-peraturan juga menyatakan bahawa pergerakan turut dihadkan kepada pembekalan atau penghantaran makanan, keperluan harian, ubat-ubatan atau makanan tambahan, untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau perubatan, atau untuk melakukan apa-apa tugasan berkaitan perkhidmatan penting (essential service).

Selain itu, bilangan perkhidmatan penting di bawah PKP juga juga telah dikurangkan kepada sepuluh perkhidmatan.

Anggota polis melakukan sekatan ketika PKP.

Ia adalah perkhidmatan makanan, air, tenaga, komunikasi dan internet, keselamatan dan pertahanan, sisa pepejal, pengurusan pembersihan awam dan pembetungan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perubatan turut tersenarai di dalam perkhidmatan penting.

Perkhidmatan penting lain yang tersenarai adalah perbankan dan kewangan, e-dagang, serta logistik.

Ia juga menyatakan bahawa orang ramai tidak dibenarkan berkumpul atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan di mana-mana premis dalam mana-mana kawasan tempatan yang dijangkiti, sama ada untuk kepentingan agama, sukan, rekreasi, sosial atau budaya.

Turut dinyatakan dalam peraturan ini juga bahawa setiap warganegara, pemastautin tetap atau ekspatriat yang pulang dari luar negara juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan semasa tiba di Malaysia sebelum meneruskan pelepasan di mana-mana pintu masuk dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan pihak berkuasa.

Individu yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan atau arahan pihak berkuasa, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - THE STAR

10km, radius, jarak, PKP, tegas

Artikel Lain