suria

Covid-19: Anak menangis minta dipeluk antara cabaran wanita dikuarantin - “... percayalah ia tak seindah disangka”

Sebahagian sampel yang telah diambil semasa ujian mudah alih pandu lalu COVID-19 ketika tinjauan fotoBernama di Hospital Pakar KPJ Damansara pada Sabtu.

TANGISAN anak tunggal berusia 7 tahun di pintu bilik meminta dipeluk, adalah antara cabaran yang paling mencabar bagi peneraju Bernama Radio apabila terpaksa kuarantin secara sukarela berikutan berkontak rapat dengan pesakit positif  Covid-19.

Raifanabillah Zulkifli, peneraju siaran pagi Bernama Radio menyifatkan pengalaman berkuaratin amat mencabar dari segi mental, serta memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.

Beliau yang memuat naik pengalamannya semasa kuarantin di laman Facebooknya turut menceritakan segala langkah yang diambil  bagi memastikan  keluarganya dihindari dari dijangkiti virus tersebut.

“Kena jaga jarak sekurang-kurangnya dua meter kerana takut ada rembesan air liur,” dan tidur serta makan berseorangan di bilik lain, katanya.

Raifanabillah atau lebih dikenali sebagai Raifa berkata sebelum mendapat keputusan yang beliau negatif Covid-19, beliau sukar sekali untuk tidur kerana memikirkan pelbagai kebimbangan mengenai penyakit tersebut.

“Untuk dua minggu tersebut, kamu akan fikir macam mana kalau tidak selamat, macam mana esok bangun dah tiada, macam- macam benda la fikir masa ini,” katanya.

Kaedah pengesanan Covid-19 secara pandu lalu ini boleh mencecah sehingga 100 orang sehari.

Kaedah pengesanan Covid-19 secara pandu lalu ini boleh mencecah sehingga 100 orang sehari.

Kaedah pengesanan Covid-19 secara pandu lalu ini boleh mencecah sehingga 100 orang sehari.
Kaedah pengesanan Covid-19 secara pandu lalu ini boleh mencecah sehingga 100 orang sehari.

Raifa berkata beliau juga perlu melalui pelbagai langkah perubatan sepanjang kuarantin, iaitu memeriksa suhu badan setiap hari dan memastikan tiada simptom gejala Covid-19.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras akan datang untuk membuat pemeriksaan mengejut walaupun belum disahkan positif, PKD juga akan call untuk tanya kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Raifa berkata beliau turut mengalami serangan panik bila hari keputusan semakin menghampiri.

“Walapun ini adalah cabaran yang perlu dilalui, namun saya berterima kasih sangat kepada doktor yang prihatin serta ahli keluarga dan rakan yang sentiasa di sisi saya, ” katanya dalam catatannya di FB.

Raifa menyarankan bagi mereka yang pernah berhubung rapat dengan kes positif Covid-19 supaya menjalani ujian saringan dengan segera untuk memastikan mereka tidak menularkan virus tersebut dan menjejaskan kesihatan orang lain.

“Duduklah di rumah kerana kamu boleh bergerak bebas dalam rumah sendiri sekurang- kurangnya berbanding dikuarantin berseorangan dalam bilik... percayalah ia tak seindah disangka.” - BERNAMA

kuarantin, Covid-19, radio, Bernama, anak

Artikel Lain