suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salahuddin Ayub minta maaf kepada petani, penternak dan nelayan

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah mengakui sudah mencuba yang terbaik sepanjang lapan bulan memegang jawatan itu.

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada petani, penternak dan nelayan sekiranya dia gagal menjalankan tugas selama ini.

Dia yang juga Timbalan Presiden Amanah mengakui sudah mencuba yang terbaik sepanjang lapan bulan memegang jawatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Umum 2 pesakit dibenar pulang, posting Dr Dzulkefly timbul tanda tanya - “Tweet saya terakhir sebagai Menteri Kesihatan, terima kasih!”

ARTIKEL BERKAITAN: Amanah sokong penuh Tun M kekal sebagai perdana menteri - Mat Sabu

"Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti.

"Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan.

"Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua,” ujarnya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menyuarakan hal sama.

Menerusi tweet mengenai perkembangan Covid-19 pada Isnin petang, dia turut mengumumkan bahawa ia merupakan tweet terakhirnya sebagai Menteri Kesihatan.

Tweet itu bagaimanapun menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya sebagai Menteri Kesihatan.

 

Artikel Sebelum

Artikel Lain