suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga hadapi cabaran, harga durian Musang King jatuh gara-gara Covid-19

Harga durian Musang King turun 20 peratus sejak sambutan Tahun Baharu Cina.

BERITA baik buat penggemar durian.

Susulan lambakan bekalan akibat Covid-19, harga durian jenis Musang King turun antara 20 hingga 50 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 pesakit sembuh Covid-19 dibenar keluar hospital

Menurut peniaga durian di Georgetown, Pulau Pinang, harga 1 kilogram (kg) Musang King kini antara RM24 dan RM33 sahaja berbanding RM55 sebelum ini.

"Kami menghadapi cabaran kerana penularan Covid-19.

"Jumlah eksport kami menurun 70 peratus selepas Tahun Baharu Cina," ujar Tan Chee Keat.

Ujarnya, negara China merupakan pasaran eskport terbesar mereka.

Penangguhan perjalanan para pelancong yang bimbang dijangkti virus itu turut menyebabkan perniagaan bertambah perlahan.

"Pelanggan kami biasanya dari China, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan penumpang kapal layar.

"Virus itu menyebabkan ramai pelancong tak mahu datang dan perniagaan sangat perlahan sekarang," ujarnya lagi.

Tambahnya, harga Musang King juga telah turun 20 peratus sejak sambutan Tahun Baharu Cina tempoh hari. - The Star.

 

Musang King, durian, Covid-19

Artikel Lain