Pemandu dipercayai mabuk rempuh 4 kenderaan di Lebuhraya Lekas, seorang maut - Semasa | mStar

Pemandu dipercayai mabuk rempuh 4 kenderaan di Lebuhraya Lekas, seorang maut

Polis masih menunggu laporan ujian alkohol dan air kencing pemandu kereta yang terlibat. FOTO: BERNAMA.

SEORANG pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol, secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, Seremban, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu kereta jenis Proton Persona dikenali sebagai Abdul Salam Saad berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa serta tiga motosikal itu berada dalam satu laluan yang sama sedang bergerak dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Ford Fiesta dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang sedang bergerak terus dari arah Kajang, Lebuhraya Lekas dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam dan merempuh sebuah Proton Persona dan tiga buah motosikal yang berada di laluan berkenaan," katanya.

Katanya tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal itu luka di badan dan tangan manakala pemandu kereta yang melawan arus itu cedera di kepala dan luka di badan.

Beliau berkata mayat lelaki yang meninggal dunia itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat manakala pemandu lelaki yang cedera itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Polis masih menunggu laporan ujian alkohol dan air kencing pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu sama ada terdapat kandungan alkohol atau dadah," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - BERNAMA.

mabuk , kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2 gajah betina Borneo mati akibat diracun

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain