suria

2 warga China positif Covid-19, jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 21

Dua kes baharu itu melibatkan dua warga China. FOTO: BERNAMA.

DUA lagi kes baharu Covid-10 dikenalpasti di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21 kes setakat ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dua kes baharu itu melibatkan dua warga China iaitu seorang ahli perniagaan lelaki berusia 27 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima kes disyaki Covid-19 di Sarawak

Mangsa lelaki dikesan mempunyai simptom Covid-19 sewaktu melalui saringan di pintu masuk Malaysia di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Jumaat.

"Sampel klinikal sudah diambil, keputusan pagi ini mengesahkan dia dijangkiti Covid-19.

"Dia kini ditempatkan di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah," ujarnya.

Satu lagi kes melibatkan wanita yang menetap di Malaysia yang mana dia kembali ke China untuk melawat keluarganya bermula 22 hingga 30 Januari lalu.

Dia disahkan positif sejurus kembali ke Malaysia. - The Star.

Covid-19, China

Artikel Lain