suria

Lima kes disyaki Covid-19 di Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata kes pesakit baru dalam siasatan (PUI) itu kesemua merupakan rakyat Malaysia.

LIMA lagi disyaki dijangkiti koronavirus atau Covid-19 di Sarawak pada Jumaat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kes pesakit baru dalam siasatan (PUI) itu kesemua merupakan rakyat Malaysia.

Pesakit kini dirawat di Hospital Umum Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong wanita dari Wuhan individu ke-19 disahkan positif Covid-19

Jumlah kes PUI di Sarawak sejak 10 Januari kini berjumlah 85 orang.

Daripada jumlah itu, 64 adalah rakyat Malaysia, 18 orang warganegara China, seorang warga Thai, seorang warga Indonesia dan seorang warga Kanada.

Daripada jumlah itu juga, 75 telah diuji negatif untuk Covid-19 manakala 10 lagi sedang menunggu keputusan ujian, katanya dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa itu juga berkata Jabatan Kesihatan negeri telah menyiasat 5,176 pelancong yang tiba di lapangan terbang, serta kemasukan melalui darat dan laut ke seluruh negeri pada hari Khamis. - THE STAR

Covid-19, Sarawak

Artikel Lain