suria

Sebahagian struktur kondo dalam pembinaan runtuh, jumlah mangsa terperangkap belum diketahui

Sebahagian struktur kondominium yang masih dalam pembinaan di Taman Desa Coalition, runtuh pada petang Jumaat. Foto: Bernama

SEBAHAGIAN struktur kondominium yang terletak di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur runtuh pada petang Jumaat.

Dilaporkan ia sedang masih dalam pembinaan.

Sehingga kini, empat mangsa dikesan terperangkap dalam runtuhan itu, dan seorang daripadanya berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan, menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinding bangunan tiba-tiba runtuh, 4 anggota bomba cedera semasa padam kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata runtuhan dilapor kira-kira 3 petang.

Sehingga kini belum dipastikan jumlah sebenar mangsa dan sama ada melibatkan kematian.

Hari ini, tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain