suria

Covid-19: Wanita 83 tahun disahkan positif, jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 22

Suami wanita itu pula disahkan negatif virus itu. FOTO: BERNAMA.

SEORANG lagi individu disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah terkini seramai 22 orang dijangkiti virus itu di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa merupakan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 83 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 warga China positif Covid-19, jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 21

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa merupakan seorang wanita Amerika Syarikat berusia 83 tahun.

Wanita itu dilaporkan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

"Dia dan suaminya antara 145 penumpang kapal yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu dan mengambil penerbangan ke Malaysia semalam.

"Dia dan suaminya dikesan bergejala sebaik tiba di KLIA dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. 2 warga China positif Covid-19, jumlah kes di Malaysia meningkat kepada 21," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, pasangan tersebut menaiki penerbangan ke Malaysia untuk pulang ke negara mereka.

"Wanita itu dalam keadaan stabil dan dirawat di wad isolasi hospital berkenaan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua lagi kes positif virus Covid-19 disahkan Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 21 kes.

Dua kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan wanita warga China.

"Kes ke-20 ialah seorang ahli perniagaan lelaki berusia 27 tahun dari Guangzhou yang dikesan bergejala ketika melalui saringan kesihatan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, katanya. - Sinar Harian.

Wanita itu dilaporkan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

"Dia dan suaminya antara 145 penumpang kapal yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu dan mengambil penerbangan ke Malaysia semalam.

"Dia dan suaminya dikesan bergejala sebaik tiba di KLIA dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. Suami wanita itu pula disahkan negatif virus itu," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, pasangan tersebut menaiki penerbangan ke Malaysia untuk pulang ke negara mereka.

"Wanita itu dalam keadaan stabil dan dirawat di wad isolasi hospital berkenaan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua lagi kes positif virus Covid-19 disahkan Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 21 kes.

Dua kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan wanita warga China.

"Kes ke-20 ialah seorang ahli perniagaan lelaki berusia 27 tahun dari Guangzhou yang dikesan bergejala ketika melalui saringan kesihatan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah, katanya. - Sinar Harian.

Covid-19, Amerika Syarikat, KLIA

Artikel Lain