suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Runtuhan kondo: Pekerja warga asing terperangkap, seorang berjaya diselamatkan

Mangsa yang terselamat ditemui di tingkat satu runtuhan, dibawa keluar pukul 5.15 petang manakala mangsa kedua masih terperangkap dan pihak bomba sedang menjalankan operasi untuk membawanya keluar. Foto: Bernama

PEKERJA binaan warga asing terperangkap selepas sebahagian struktur kondominium 38 tingkat yang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, runtuh pada petang Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, bagaimanapun seorang daripadanya terselamat manakala seorang lagi masih terperangkap.

Nordin berkata mangsa yang terselamat ditemui di tingkat satu runtuhan, dibawa keluar pukul 5.15 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian struktur kondo dalam pembinaan runtuh, jumlah mangsa terperangkap belum diketahui

“Mangsa kedua masih terperangkap dan pihak bomba sedang menjalankan operasi untuk membawa keluar mangsa.

“Setakat pukul 8 malam, operasi membawa keluar mangsa sedang dilakukan dan anggota bomba sedang berkomunikasi dengan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, sebahagian tingkat enam kondominium dalam pembinaan itu runtuh, ketika dua pekerja lelaki dipercayai warga Bangladesh berada di situ.

Dalam pada itu Nordin berkata berdasarkan maklumat daripada pihak syarikat pembinaan, hanya dua mangsa terlibat dalam insiden itu.

“Pihak bomba masih mengenal pasti punca sebenar kejadian dan struktur bangunan ketika ini, sedang dinilai.

“Hanya anggota yang mempunyai kepakaran sahaja dibenarkan masuk, untuk operasi menyelamat,” katanya.

Nordin berkata seramai 150 orang daripada pelbagai agensi termasuk bomba dan polis, dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.- BERNAMA

buruh binaan, warga asing, kondo

Artikel Lain