Pemilik FB Ibu Yati, Roti Sardeen antara disiasat kes sebar berita palsu koronavirus - Semasa | mStar

Pemilik FB Ibu Yati, Roti Sardeen antara disiasat kes sebar berita palsu koronavirus

Antara pemilik FB yang disiasat berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai koronavirus.

POLIS telah membuka lima kertas siasatan berhubung kes penyebaran khabar angin dan berita tidak sahih mengenai penularan wabak koronavirus baharu (2019-nCov) di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua kertas siasatan itu termasuk penyebaran berita tidak sahih melibatkan empat pemilik Facebook dan satu menerusi grup WhatsApp.

Empat pemilik Facebook tersebut adalah Mr Kong Tuck Wah, Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original).

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang suspek sebar berita palsu berkaitan koronavirus ditahan, 3 lagi dicari

Menurut Huzir, polis telah menjalankan siasatan berkenaan laporan polis berkaitan isu koronavirus yang ditularkan dalam laman FB Mr Kong Tuck Wah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebih satu juta ringgit atau penjara bagi satu tempoh yang boleh sampai satu tahun, atau kedua-duanya," katanya.

Kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original).

Sementara itu, Huzir berkata siasatan turut dilakukan terhadap FB Ibu Yati, Roti Sardeen dan Gabungan Anak Terengganu (Original) kerana kenyataan yang dimuatnaik individu terbabit didapati boleh menggugat ketenteraan awam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Dalam pada itu, Huzir berkata pihaknya turut menjalankan siasatan terhadap penularan berita palsu yang disebarkan dalam grup WhatsApp mengenai kematian banduan secara mengejut di penjara Sandakan, Sabah yang didakwa berpunca daripada jangkitan koronavirus.

"Penyebaran berita palsu ini dipercayai boleh menggugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat," katanya.

Berita kematian banduan secara mengejut di sebuah penjara di Sandakan, Sabah juga palsu.

Beliau berkata kelima-lima kes itu turut disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Tambahnya lagi, polis turut menasihati orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel atau kenyataan tidak sahih berkaitan isu tersebut.

"Tindakan mana-mana pihak yang ingin menjadi jaguh di Internet mahupun media sosial dengan penyebaran kenyataan tidak sahih berkaitan isu ini akan mengakibatkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian) dijalankan.

"Polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati dengan sengaja mensensasikan isu berkait virus ini," katanya.

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain