150 kematian dalam 10 hari, Selangor catat kemalangan tertinggi sepanjang Tahun Baharu Cina - Semasa | mStar

150 kematian dalam 10 hari, Selangor catat kemalangan tertinggi sepanjang Tahun Baharu Cina

Sebanyak 15,341 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 22,770 kenderaan. FOTO: BERNAMA.

SEBANYAK 150 kematian dan 138 kemalangan maut direkodkan sepanjang 10 hari Op Selamat 16/2020 diaktifkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan sebanyak 102 kematian.

Manakala mengikut negeri, katanya Selangor mendahului statistik dengan sebanyak 25 kematian, diikuti Johor (17), Sarawak (16), Kedah (13) manakala Pahang serta Kelantan, masing-masing 12 kes.

Secara keseluruhan, Azisman berkata sebanyak 15,341 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 22,770 kenderaan.

"Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,325 kes, diikuti Johor (2,406), Kuala Lumpur (1,697) dan Perak (1,273),” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sepanjang tempoh itu juga, menurutnya sebanyak 261,790 saman dikeluarkan dengan 165,099 atau 63.1 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Januari sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Februari ini. - BERNAMA.

op selamat , kemalangan , saman

Artikel Sebelum

Tiga lagi positif koronavirus

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain