suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga lagi positif koronavirus

Jumlah keseluruhan positif virus novel coronavirus meningkat kepada tujuh orang setakat ini.

TIGA lagi warga China disahkan positif koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus itu sebanyak tujuh orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes baharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sementara itu, seorang lagi disahkan positif jangkitan itu adalah menantu perempuan kepada mangsa pertama di Singapura iaitu lelaki berusia 66 tahun.

"Dia yang terdahulunya berstatus negatif telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas mereka dikesan positif," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat 10 Januari sehingga 28 Januari, jumlah kes pesakit dibawah pemantauan (PUI) bagi jangkitan virus itu adalah 78 orang membabitkan 39 warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu dari Jordan, Brazil dan Thailand.

"Tiga (3) kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu (1) kes masih menunggu keputusan makmal," katanya.

China, novel coronavirus, KKM

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia