Koronavirus: Topeng muka, pembasmi kuman habis terjual di farmasi - Semasa | mStar

Koronavirus: Topeng muka, pembasmi kuman habis terjual di farmasi

Segelintir pelanggan mendakwa pihak farmasi sengaja menyimpan barangan itu namun hakikatnya ia habis dijual berikutan permintaan tinggi. FOTO: BERNAMA.

KESEDARAN orang ramai mengenai pentingnya menjaga kebersihan berikutan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) menyebabkan permintaan ke atas beberapa barangan seperti penutup hidung dan mulut serta pembasmi kuman tangan terus meningkat.

Tinjauan Bernama di beberapa farmasi di sekitar Johor Bahru mendapati kedua-dua barangan itu laris dijual sehingga menyebabkan kebanyakan pelanggan diletakkan dalam senarai menunggu dan terpaksa membuat tempahan lebih awal sehingga bekalan baru masuk.

Ada juga farmasi yang meletakkan notis di pintu masuk untuk memaklumkan pelanggan bahawa kedua-dua barangan berkenaan telah kehabisan stok.

Seorang petugas sebuah farmasi di Larkin Perdana, Nurul Nazihah Rosli memberitahu Bernama bahawa bekalan penutup hidung dan mulut serta pembasmi kuman tangan habis dijual sejak empat hari lepas.

“Kami tempah dalam 200 kotak (penutup hidung dan mulut), pun habis dijual. Untuk hand sanitisers, kita tempah dalam 20 botol dan ini juga habis tak kira saiz kecil atau besar," katanya sambil menambah tambahan tempahan sehingga tiga kali ganda juga tetap tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Nurul Nazihah berkata segelintir pelanggan mendakwa pihak farmasi sengaja menyimpan barangan itu namun hakikatnya ia habis dijual berikutan permintaan tinggi.

Sementara itu, pemilik taska, Rozita Mohammed Taib mengakui sukar mendapatkan kedua-dua barangan itu sekarang.

“Saya rasa penting bagi taska menyediakan penutup hidung dan mulut serta pembasmi kuman tangan sebagai langkah berjaga-jaga terutama ketika mengendalikan kanak-kanak.

"Jadi di pihak saya, saya sediakan beberapa kelengkapan berkaitan untuk membantu guru serta ibu bapa dalam keadaan bekalan tidak mencukupi sekarang,” katanya.

Malaysia setakat ini merekodkan empat kes positif Koronavirus yang dilaporkan mula dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lepas. -BERNAMA.

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain