Bunuh anak kandung, ibu muda berusia 21 tahun hanya mengangguk ketika pertuduhan dibaca - Semasa | mStar

Bunuh anak kandung, ibu muda berusia 21 tahun hanya mengangguk ketika pertuduhan dibaca

Nurul Shamira Mazlan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lalu. Foto: Bernama

USIANYA baru 21 tahun, namun ibu muda ini didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lalu.

Nurul Shamira Mazlan yang merupakan seorang ibu tunggal, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan dan hanya menggangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, pada Rabu.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dera dua anak ditahan

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas anak perempuannya, Nur Shahana Abdus Quddus di sebuah pangsapuri di Jalan Kempas Indah, Taman Kempas Indah, Kempas, Johor antara 5 hingga 11 Januari lalu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili oleh tiga peguam iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah, Mohd Norazihan Adnan dan Jack Sumatra.

Majistret Rashidah kemudiannya menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Tertuduh sebelum ini ditahan polis bersama teman lelakinya, 33, pada pukul 3.45 petang, 14 Januari (Selasa) lalu.

Ia susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) yang menemui kesan penderaan pada badan kanak-kanak itu ketika dibawa oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami jangkitan kuman.

Sementara itu,  Muhammad Ashraff memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa teman lelaki tertuduh telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah dan akan dipanggil semula sebagai saksi kes. - BERNAMA 

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain