Pengubahan wang haram: Shahrir Samad, Ahmad Maslan mengaku tak bersalah

Zahid Hamidi (tengah) diiringi Ahmad Maslan (kiri) dan Shahrir (kanan).

KETUA Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa untuk menghadapi pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrir Samad, Ahmad Maslan didakwa esok - SPRM

Turut kelihatan, presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, setiausaha agung, Tan Sri Anuar Musa, timbalan presiden, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Shahrir dan Ahmad disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.

Biarpun tidak dinyatakan secara spesifik kesalahan apa yang dilakukan, mereka berdua sebelum ini didakwa terbabit menerima duit daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Oktober tahun lalu, SPRM menamakan 80 entiti dan individu termasuklah Shahrir dan Ahmad yang menerima kompaun kerana dipercayai menerima dana 1MDB. 

Dalam perbicaraan yang berlangsung, Shahrir yang juga bekas pengerusi Felda gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Ahmad yang memakai sut hitam mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.  

Mengikut pertuduhan, Shahrir dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November, 2013.  

Cek itu kemudiannya telah dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013. 

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram. 

Shahrir dituduh melakukan kesalahan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014. 

Sementara itu, Ahmad juga gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada LHDN dan memberi penyataan palsu kepada SPRM. 

Ahmad yang memakai sut hitam mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad. 

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.  

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang telah diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November, 2013, yang mana cek itu telah ditunaikan sendiri oleh tertuduh pada hari sama. 

 Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram. - The Star/Bernama.

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain