suria

Shahrir Samad, Ahmad Maslan didakwa esok - SPRM

Menurut SPRM, Shahrir akan menghadapi satu pertuduhan, manakala Ahmad akan dikenakan dua pertuduhan di bawah akta AMLATFPUAA 2001. Foto: The Star

KETUA Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahrir akan menghadapi satu pertuduhan, manakala Ahmad akan dikenakan dua pertuduhan di bawah akta berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM dedah 9 rakaman perbualan konspirasi jenayah tertinggi babit Najib, Rosmah

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio, SPRM serah kepada PDRM

Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa (21 Januari).

"SPRM sudah mendapat keizinan untuk mendakwa Shahrir dan Ahmad," kata kenyataan suruhanjaya itu.

Terdahulu SPRM telah menahan Shahrir, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Johor pada jam 11.22 pagi, manakala Ahmad ditahan pada pukul 10.10 pagi ketika mereka tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Kedua-dua kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. - THE STAR

Artikel Lain