suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Selangor, 4 pegawai khas politik antara 17 yang ditahan dalam parti dadah

Seorang Adun Selangor dan empat pegawai khas politik merupakan antara 17 yang ditahan dalam satu serbuan di Puchong, awal pagi Isnin.

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan empat pegawai khas politik merupakan antara 17 yang ditahan dalam satu serbuan di Puchong, Selangor.

Dipercayai enam wanita juga termasuk dalam yang ditahan dalam serbuan berkenaan.

Difahamkan, polis tiba ke lokasi selepas menerima aduan daripada orang awam yang terdengar bunyi bising pada awal pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Adun Sungai Rambai ditahan, akan didakwa kes seleweng dana

Sumber mengatakan bahawa kumpulan berkenaan sedang mengadakan parti tertutup.

Pihak polis percaya bahawa penggunaan dadah dan perjudian haram adalah antara aktiviti yang dilakukan dalam parti berkenaan.

"Polis menemui beberapa bahan dipercayai dadah," menurut satu sumber.

Sumber menambah bahawa 16 daripada mereka yang ditahan disahkan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan.

Adun itu dilaporkan ditahan di lokap Jinjang. - THE STAR

Adun, Selangor, parti, dadah, serbuan

Artikel Lain