Sah! Adun Bersatu Selangor ditahan - Semasa | mStar

Sah! Adun Bersatu Selangor ditahan

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari mengesahkan seorang Adun dari parti berkenaan ditahan polis awal pagi Isnin. Gambar sekadar hiasan

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti berkenaan ditahan polis awal pagi Isnin.

Beliau berkata, Adun berkenaan ditahan di sebuah premis rakannya kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin namun tidak mengulas lanjut mengenai lokasi sebenar tangkapan dilakukan.

Katanya lagi, buat masa ini, maklumat yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanyalah berkaitan tangkapan berkenaan seperti yang tular dalam media sosial sejak pagi Isnin namun enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar ia dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adun Selangor, 4 pegawai khas politik antara 17 yang ditahan dalam parti dadah

“Buat masa ini, pemimpin tertinggi parti telah dimaklumkan mengenai kes tangkapan berkenaan dan mereka menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

“Jika benar Adun itu ditahan dan disabitkan dengan jenayah, beliau boleh didakwa di mahkamah. Semuanya bergantung kepada siasatan pihak polis,” katanya kepada Bernama di Shah Alam, Isnin.

Tambah beliau, kepimpinan tertinggi parti juga tidak menolak kemungkinan mengenakan tindakan disiplin ke atas Adun berkenaan namun ia akan berlandaskan kepada hasil siasatan lanjut pihak polis.

Justeru, beliau turut mengingatkan kepada semua Adun Bersatu di negeri ini supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tindakan dan perlakuan bagi mengelakkan sebarang insiden seumpamanya berlaku.

Sementara itu, usaha Bernama menghubungi Aduh berkenaan tidak berhasil. - Bernama

Bersatu , Adun , parti , Abdul Rashid Ansari

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain