Pemandu van maut tersepit, empat termasuk pemain badminton no. 1 dunia, Kento Momota cedera dalam kemalangan di lebuh raya MEX - Semasa | mStar

Pemandu van maut tersepit, empat termasuk pemain badminton no. 1 dunia, Kento Momota cedera dalam kemalangan di lebuh raya MEX

Kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin mengorbankan seorang warga tempatan manakala empat pemain badminton dari Jepun dan England cedera. Foto: Sinar Harian

PEMANDU van warga tempatan maut manakala empat penumpangnya yang merupakan pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota, cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 13.7 Lebuhraya MEX, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.57 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain badminton No.1 dunia ucap takziah kepada keluarga jurulatih Izuan

"Seramai 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan media.

Hafisham berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai N Bavan.

"Manakala mangsa yang cedera pula, pemain badminton England, William Thomas, pemain badminton Jepun, Hirayama Yu, Morimoto Arkifuki dan Kento Momota," katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan van pelancong yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah lori tanah.

"Terdapat lima mangsa dalam van itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Jepun, seorang lelaki warga England dan pemandu warga tempatan," katanya.

Menurutnya, empat pemain badminton tersebut cedera ringan telah dibawa ke hospital dengan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Manakala pemandu van tersebut masih tersepit, operasi mengeluarkan mangsa diteruskan," katanya. - SINAR HARIAN

Kento Momota , van , MEX , kemalangan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain