suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet telah putuskan pemangku Menteri Pendidikan

Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan tentang pelantikan pemangku Menteri Pendidikan.

KABINET pada Selasa telah memutuskan pemangku Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu kelak.

“Kami (Kabinet) telah membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi biarlah perdana menteri mengumumkannya,” kata Guan Eng pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kuala Lumpur, Rabu.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas. -Bernama

Artikel Lain