suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengetua cemerlang didakwa terlibat pengantunan seksual, JPN buat siasatan

Seorang aktivis mendakwa seorang pengetua sekolah menengah terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki. -Gambar hiasan

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat mengenai dakwaan seorang pengetua yang menerima anugerah cemerlang di negeri ini baru-baru ini, terlibat dalam 'pengantunan seksual' melibatkan pelajar sekolah.

Pengarahnya, Azman Adnan berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya sedang siasat isu yang tular ini," kata beliau secara ringkas melalui Whatsapp ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Ketika ditanya bentuk tindakan yang akan diambil JPN Johor sekiranya dakwaan itu benar, beliau berkata: "Bergantung kepada siasatan.”

Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki.

Pengetua berkenaan, yang baru-baru ini mendapat anugerah pengetua cemerlang, turut didakwa menghantar mesej-mesej berunsur lucah, yang kini viral dalam media sosial. -Bernama

aktivis, pengetua cemerlang, seksual

Artikel Berikut

Artikel Lain