suria

Suspek cuba samun penghantar makanan ditahan, seorang lagi masih bebas

Paparan skrin rakaman CCTV berhubung kejadian samun yang tular di media sosial.9

POLIS menahan salah seorang suspek yang cuba menyamun seorang penghantar makanan di Petaling Jaya, tetapi kemudian tercicir telefon bimbitnya di lokasi kejadian.

Ketua Polis Dareah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) daerah menahan seorang suspek berusia 33 tahun pada Sabtu.

"Anggota kami membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di Jalan Kuang Bertam 9, Taman Kepong dan menahan suspek.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau kerana mencuri kenderaan, mencuri dan menerima barang curi," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan dipukul 2 lelaki, motosikal nyaris dicuri

Beliau menambah, semasa disoal siasat, suspek mengaku bersalah melakukan perkara itu bersama seorang lagi suspek yang masih bebas.

"Kita merampas motosikal jenis Yamaha, topi keledar dan sebatang 'fork lock'.

"Kita telah mengenal pasti rakan suspek dan sedang menjejakinya," kata Mohd Zani, sambil menambah siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek berkenalan semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 2010.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari. - The Star

penghantar makanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain