suria

50 sekolah di Perlis rosak angkara ribut

Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.

SEBANYAk 50 sekolah termasuk 35 sekolah rendah di Perlis mengalami pelbagai kerosakan akibat ribut yang melanda malam Jumaat.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan, Zainodin Ahmad berkata, antara sekolah yang terjejas teruk ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi di Simpang Empat dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah di Kaki Bukit.

"Kami akan segerakan pembaikan sebelum sesi persekolahan bermula manakala jumlah kerugian secara kasar dianggar RM500,000 dan dijangka akan bertambah,” katanya selepas meninjau SK Seri Perlis pada Sabtu.

Hujan lebat disusuli angin kencang malam tadi membadai beberapa negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah hingga mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak. - Bernama

ribut, sekolah, perlis

Artikel Sebelum

Artikel Lain