suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar makanan dipukul 2 lelaki, motosikal nyaris dicuri

Paparan skrin rakaman berkenaan yang kini tular di media sosial.

RAKAMAN dua lelaki yang cuba merompak motosikal milik seorang penghantar makanan di Phileo Damansara 2 tular pada Jumaat.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memaparkan penghantar makanan itu diekori sebuah motosikal sebelum dihampiri dua suspek.

Mangsa kemudiannya turun dan kelihatan seperti sedang bercakap dengan dua suspek sebelum berlakunya pergelutan.

Salah seorang suspek cuba melarikan motosikal mangsa namun percubaannya gagal.

Mangsa kemudiannya melompat ke atas suspek sebelum berlaku pergelutan antara tiga individu itu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.53 petang, Jumaat.

Sewaktu dihubungi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 mahu menghantar makanan di bangunan tersebut.

"Suspek mendakwa motosikal dinaiki mangsa merupakan motosikal curi dan ingin mengambilnya kembali.

Mangsa mengalami kecederaan di telinga, kepala, badan dan mulut.

Suspek kini sedang diburu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - The Star.

Artikel Berikut

Artikel Lain