suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jho Low akan ditahan dalam tempoh terdekat

Jho Low.

AHLI perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dijangka ditahan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pihaknya yakin dapat membawa Jho Low pulang ke negara ini untuk dibicarakan ke muka keadilan.

“Insya-Allah bila saya kata saya yakin kami boleh bawa dia (Jho Low) balik dalam masa terdekat maka dalam masa terdekatlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low selepas program kepolisan berprofil tinggi di tapak Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis.

Rabu lepas, Abdul Hamid berkata, polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan Jho Low yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - BERNAMA

Jho Low, 1MDB, PDRM

Artikel Lain