suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia akan terus guna teknologi Huawei

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China meningkat sejak minggu lalu, dengan syarikat-syarikat teknologi membuat keputusan langsung dan AS mengumumkan senarai hitam perdagangan ke atas Huawei.

MALAYSIA tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidikan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.

“Oleh itu, kami akan memanfaatkan teknologi mereka seluas mungkin. Ya, mungkin ada bentuk intipan, tapi apa yang nak diintip di Malaysia?," katanya pada sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di Tokyo, Jepun pada Khamis.

Dr Mahathir tiba di Tokyo pada Rabu untuk lawatan kerja tiga hari.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan pintu terbuka. - BERNAMA

Huawei, pengintipan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain