suria

Tak perlu risau! Selepas ini bayaran Dimsum lebih mudah melalui akaun U Mobile

Pelanggan Dimsum kini mudah untuk membayar pelan pembayaran 'Video on Demand' melalui akaun U Mobile.

PELANGGAN perkhidmatan langganan 'Video on Demand' Dimsum tidak perlu risau lagi kerana selepas ini pembayaran langganan video boleh dibayar secara langsung melalui akaun U Mobile anda.

Dimsum bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd dalam menawarkan perkhidmatan bayaran secara terus melalui akaun U Mobile, malah pelanggan boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 25 peratus bagi semua pelan pascabayar dan prabayar.

Bagi menikmati tawaran tersebut, pengguna perlu mempunyai rangkaian U Mobile di telefon bimbit masing-masing dan mendaftar atau log masuk ke akaun Dimsum melalui aplikasi Dimsum atau di pelayar web.

Dengan pelbagai jenis pelan pembayaran, pengguna boleh memilih untuk membayar dari satu minggu, satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan 12 bulan yang membolehkan mereka menonton drama-drama kegemaran melalui Dimsum tanpa henti.

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum, Lam Swee Kim berkata mereka akan sentiasa meningkatkan proses pembayaran Dimsum untuk menjadikannya lebih mudah dan mereka juga percaya bahawa dengan menjadikan U Mobile sebagai rakan kongsi sekali gus dapat membantu mencapai tahap yang diingini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile turut memberitahu syarikat telekomunikasi ini juga teruja dapat memberi kemudahan tersebut kepada pelanggan mereka.

"Kami dengan gembira dapat menjadikan mereka lebih mudah untuk menikmati program kegemaran mereka di Dimsum.

"Mereka boleh membayar langganan Dimsum melalui perkhidmatan akaun peribadi, United Overseas Bank (UOB) atau pascabayar U Mobile," katanya.

Selain itu, pelanggan Dimsum boleh menikmati pelbagai drama bersiri Thailand seperti Love Destiny, In Family We Trust, Confusedly in Love, Friend Zone, Home Stay danakan datang, Dead Time Stories dan The Crime.

Bagi drama bersiri hit nombor satu Jepun The Full Time Wife Escapist, Sleepeeer Hit!, unnatural dan Quartet serta drama bersiri Cina Zhao Yao: The Legends ia juga boleh ditonton menerusi Dimsum.

Berita hiburan juga turut disediakan melalui A1 Entertainment dan 988, kandungan tutorial dari tahap pra sekolah sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bahagian Pendidikan dan gaya hidup di bahagian Day Day Cook dan Shorts.

Dimsum, U Mobile

Artikel Lain