suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib langgar peraturan mahkamah, ambil gambar semasa prosiding

Najib Tun Razak.

DATUK Seri Najib Razak dilihat mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya semasa prosiding perbicaraan kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd sedang berlangsung.

Bekas perdana menteri itu dilihat memfokuskan kamera di telefon bimbitnya ke hadapan bilik mahkamah.

Pada masa ini, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang bercakap dengan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Penolong Pengurus Cawangan Utama Maybank Kuala Lumpur, Halijah Abdul Wahab berada di kadang saksi untuk pemeriksaan balas.

Menurut peraturan mahkamah terbuka, rakaman sama ada audio atau visual termasuk fotografi tidak dibenarkan.

Polis mahkamah boleh merampas peranti rakaman jika seseorang didapati melanggar peraturan tersebut.

Namun tiada siapa menyedari perbuatan Najib semasa di dalam mahkamah.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi yang sama turut mengeluarkan amaran terhadap perkongsian rakaman prosiding tersebut di media sosial.

Rakaman berdurasi dua minit bertajuk "Hari Kelima Perbicaraan Dato' Seri Najib" dimuatnaik di media sosial oleh bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil pada 19 April lalu.

Najib, gambar, mahkamah

Artikel Lain