Abang buat laporan polis minta orang ramai, sukarelawan berhenti cari Acap - Semasa | mStar

Abang buat laporan polis minta orang ramai, sukarelawan berhenti cari Acap

Acap hilang secara tiba-tiba pada 23 Mac lalu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mencari pemuda berusia 29 tahun ini sehinggalah abangnya membuat laporan polis meminta orang ramai berhenti mencari adiknya.

ABANG kepada peserta Gopeng Ultra Trail Mohamad Ashraf Hasan (Acap) telah membuat laporan polis agar pencarian adiknya itu dihentikan.

Mohammad Azlan, 31, dalam laporan polis yang dibuat pada Ahad berkata, dia yang mewakili pihak keluarga membuat laporan di Balai Polis Gopeng untuk meminta orang ramai atau sukarelawan berhenti mencari Acap.

"Laporan dibuat supaya orang awam dan mana-mana pihak sukarelawan yang ingin menjalankan misi mencari adik saya Acap agar dihentikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari ke-18: Hutan, bukit, gua semua dah diredah… “ Di mana Acap ni, kami dah tak larat”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 minggu hilang, abang akui “Acap 'champion' jaga mak, adik-beradik lain tak boleh lawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Acap tiada di Gopeng... “Kalau betul nampak dia di Johor, tolong jumpa saya” - Abang

"Saya telah berbincang dengan pihak ketua kampung Pintu Padang dan saya membuat satu laporan polis.

"Saya meminta agar sebarang spekulasi dan berita-berita yang tidak benar berkenaan kehilangan adik saya ini turut dihentikan," tulis Azlan dalam laporan polisnya.

Laporan polis untuk menghentikan pencarian Acap (kiri).

Setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk baharu yang membawa kepada penemuan Pembantu Makmal di Kilinik Kesihatan Daerah Muar , Johor berusia 29 tahun itu.

Acap tiba-tiba 'ghaib' ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung pada 23 Mac lalu.

Acap , Gopeng Ultra Trail , abang

Artikel Lain