suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

Letupan dan kebakaran berlaku awap pagi Jumaat. foto Facebook

PETRONAS mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi kira-kira pukul 1.25 pagi Jumaat.

Petronas berkata Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit.

“Keadaan kini terkawal dan semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan.

“Kami akan menyalurkan maklumat tambahan kemudian memandangkan siasatan masih dijalankan,” menurutnya dalam kenyataan.

Sementara itu, video dan gambar menunjukkan satu letupan di kompleks berkenaan menjadi viral di Facebook dan Twitter dan ada netizen turut mendakwa turut merasa gegaran letupan berkenaan.

Tinjauan Bernama seawal 6 pagi Jumaat mendapati laluan keluar masuk ke Pengerang sibuk dengan operasi dilihat berjalan seperti biasa.

Kenderaan seperti lori dan bas yang membawa pekerja, turut dilihat keluar masuk dari kompleks berkenaan.

Tiada kesan asap akibat kebakaran itu dapat dilihat dari luar kompleks berkenaan setakat 6.30 pagi Jumaat.

letupan, kebakaran, Pengerang

Artikel Lain