suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan sibuk urusan Johor - Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim menitah kepada pihak tertentu supaya jangan sibuk urusan negeri Johor.

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan supaya pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik.

Sultan Ibrahim yang kini berada di luar negara memberitahu, baginda  sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama negeri Johor melalui laporan-laporan semua pihak.

"Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

"Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti," ujarnya dalam kenyataan di Facebook.

Baginda menyarankan pihak itu tumpukan kepada usaha menjaga negara.

Sultan Ibrahim dijadualkan pulang ke Johor hujung minggu ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan Datuk Osman Sapian sudah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor.

Artikel Lain