suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa terima suapan RM5 juta, Rosmah mengaku tak salah

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Rabu.
Rosmah menghadapi pertuduhan menerima suapan RM5 juta sebagai upah membantu Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek sistem solar bernilai RM1.25 bilion.

DATIN Seri Rosmah Mansor didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di ibu negara atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta sebagai upah membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek sistem solar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Isteri kepada bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan berkenaan yang dilakukan secara rundingan terus, tiga tahun lalu.

Rosmah, 68, minta dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ini adalah kali kedua beliau didakwa berkaitan kes sama.

Rosmah dituduh menerima wang berkenaan daripada Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Saidi Abang Samsudin melalui pembantunya, Rizal Mansor.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membenarkan ikat jamin RM1 juta untuk dua pertuduhan rasuah sebelum ini digunapakai bagi pertuduhan terbaru itu.

Beliau menetapkan 10 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

November lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta bagi projek tenaga solar berkenaan.


Rosmah, mahkamah, solar, suapan

Artikel Lain