suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima sekeluarga maut

Keadaan kereta MyVi yang remuk teruk dan mengorbankan lima mangsa di dalamnya. Foto Astro Awani

LIMA sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta di Batu 13, Jalan Kuantan-Temerloh, dekat Maran, Pahang pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, kemalangan membabitkan Toyota Hilux, Proton Iswara dan Perodua Myvi itu menyebabkan lima mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut di tempat kejadian manakala tiga mengalami kecederaan.

“Kami menerima panggilan pada jam 2.48 petang sebelum satu jentera bersama seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, identiti kesemua mangsa masih belum di dikenal pasti.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan. - Bernama

Artikel Lain