suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siar bicara kes Najib terserah kepada mahkamah, kerajaan tak mahu jadikannya ‘sarkas’ - TPM

Gambar fail Najib. Foto MOHD SAHAR MISNI

KEPUTUSAN sama ada menyiarkan secara langsung perbicaraan berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan RM42 juta dalam dana SRC International Sdn Bhd, dijadualkan bermula Rabu ini (3 April), adalah terserah kepada mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menjadikan perbicaraan itu sebagai 'sarkas'.

"Ia adalah di bawah bidang kuasa mahkamah, jadi kita akan membiarkan mereka membuat keputusan.

"Walaupun kita merasakan bahawa rakyat perlu mengetahui prosiding perbicaraan itu, tetapi kita tidak mahu menjadikannya sebagai sarkas.

"Biarkan mahkamah membuat keputusan," katanya kepada pemberita pada majlis di KL Sentral.

Dr Wan Azizah berkata demikian selepas diminta mengulas sama ada beliau bersetuju dengan idea penyiaran kes berprofil tinggi.

Najib sebelum ini menyatakan sokongan terhadap idea itu, dengan mengatakan bahawa rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran. - The Star

Artikel Lain