suria

“Saya tergesa-gesa kerana saya sedar saya tidak miliki banyak masa” - Tun M

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tergesa-gesa untuk melakukan perkara secepat mungkin kerana beliau sedar tidak mempunyai masa yang banyak untuk hidup.

"Saya bernasib baik kerana saya bertahan selama ini.

"Sebenarnya saya tidak boleh melihat apa yang berlaku dengan pendahulu saya (mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi) tetapi saya bernasib baik kerana saya bukan hanya lebih tua , tetapi masih dapat berfungsi.

"Tetapi saya menyedari bahawa saya sangat tua dan tidak lama lagi saya akan lemah dan meninggal dunia, jadi saya sentiasa terburu-buru.

"Orang lain nampak seperti ambil mudah, tetapi saya tergesa-gesa kerana saya sedar saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang saya rasa perlu dilakukan di negara ini," katanya kepada Focus Malaysia dalam satu temu bual.

Orang lain nampak seperti ambil mudah, tetapi saya tergesa-gesa kerana saya sedar saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang saya rasa perlu dilakukan di negara ini.

DR MAHATHIR

Dr Mahathir juga berkata beliau akan melakukan yang terbaik selagi bergelar perdana menteri negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jika diminta untuk pergi maka beliau akan pergi.

Namun, tiada tarikh tertentu yang diberikan kepada beliau untuk mengosongkan jawatannya.

Sementara itu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa berurusan dengan Kabinet yang tidak berpengalaman adalah masalah utama.

Namun, perdana menteri itu berkata jika beliau menggantikan mereka, ia tidak akan membantu keadaan.

Menurut Dr Mahathir, beliau harus cuba dan bekerja dengan mereka supaya mereka dapat memperoleh pengalaman yang diperlukan. - The Star

Mahathir Mohamad

Artikel Lain