suria

Nur Aisyah Aleya sudah tiada

MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di kuarters Hospital Langkawi, akhir bulan lalu ditemui di Gunung Raya, pagi Rabu.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penemuan mayat mangsa selepas menahan pasangan suami isteri yang merupakan pengasuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Menurutnya, suspek yang ditahan di Ampang, Selangor semalam  menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Pada Selasa, polis menahan pasangan berusia 37 tahun dan 40 tahun itu di sebuah inap desa di Ampang pada pukul 4 petang.

Mereka kemudian dibawa balik ke Langkawi untuk siasatan lanjut.

Isnin lalu, Media melaporkan kehilangan Nur Aisyah Aleya setelah ibunya, Rosmaliah Samo pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters berkenaan untuk mencari anaknya minggu lalu.

Rosmaliah, 31 kemudian membuat laporan polis pada Ahad, selepas suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.- SinarHarian

Artikel Berikut

Artikel Lain