suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya Umno, PAS sah 'kahwin'

Mohamad berjabat tangan dengan Tuan Ibrahim semasa mengumumkan kerjasama rasmi di Menara Dato Onn pada Selasa. Foto AZHAR MAHFOF/The Star

UMNO dan PAS pada Selasa mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah, kata Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kerjasama itu bukan gabungan Umno dan PAS sebagai parti baharu tetapi atas dasar kebersamaan terhadap isu-isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua parti, selain tiada simbol baharu yang akan digunakan.

“Umno dan PAS akan membawa hasil perbincangan hari ini (Selasa) ke peringkat rakan parti masing-masing.

“Kerjasama ini juga tidak akan meminggirkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan bersama antara beliau dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno berkata mesyuarat itu turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Kerja Teknikal yang akan diwujudkan untuk memperincikan bentuk kerjasama seterusnya termasuk kerjasama dalam setiap Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan datang. - BERNAMA

Umno, PAS

Artikel Lain