suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua individu direman kes pembangunan tanah milik kuil

SEORANG individu bergelar ‘Tan Sri' yang juga anggota pengurusan tertinggi sebuah kuil di Batu Caves, direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung pembangunan sebidang tanah milik Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam di Jalan Bandar, Kuala Lumpur.

Turut direman bagi tempoh sama ialah dua individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan itu.

Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad memerintahkan tiga individu itu ditahan sehingga Khamis ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Putrajaya pada Selasa.

Sumber SPRM memberitahu penahanan itu adalah susulan serbuan ke atas rumah ‘Tan Sri' berkenaan petang semalam selain penggeledahan yang dilakukan di pejabat pengurusan kuil di Batu Caves. - BERNAMA

SPRM, kuil

Artikel Lain