suria

42,849 calon STPM ketahui keputusan 11 mac

Gambar hiasan

KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Khawari Idris berkata, calon boleh menyemak keputusan di sekolah masing-masing atau melalu Sistem Mesej Singkat (SMS) atau dalam talian di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

"Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan
peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

"Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS dengan menaip STPM RESULT<jarak><No.
KadPengenalan> dan menghantarkannya ke 15888," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Kata beliau, calon peperiksaan juga boleh menyemak keputusan dengan melayari portal http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari tarikh yang sama.

Untuk rekod, seramai 42,849 calon telah menduduki STPM di 677 pusat peperiksaan di seluruh negara pada tahun 2018.

Daripada jumlah tersebut, 42,476 (99.13%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 162 (0.38%) pula calon sekolah swasta, manakala 195 (0.45%) calon persendirian individu dan 16 lagi (0.04%) adalah calon sekolah kerajaan negeri.

STPM

Artikel Lain