suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana RM90 juta: SPRM rampas kereta mewah, beku akaun bank pemimpin PAS

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset termasuk kereta mewah milik pemimpin-pemimpin PAS, dalam siasatan berhubung dakwaan dana RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun parti.

Sumber berkata, penyiasat telah merampas aset tersebut sejak beberapa hari lalu.

Selain kereta, menurut sumber, akaun bank beberapa individu tertentu turut dibekukan, yang merupakan sebahagian daripada siasatan.

"Ya, lebih ramai pemimpin akan dipanggil," kata sumber pada Khamis.

SPRM mengesahkan bahawa tiada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam akaun bank rasmi PAS.

Justeru, sumber memberitahu, penyiasat kini menumpukan akaun invidu dalam kalangan pemimpin PAS tertentu.

Pada 13 Februari lalu, The Star melaporkan bahawa siasatan kini beralih kepada akaun peribadi para pemimpinnya.

Dakwaan mengenai PAS menerima rasuah RM90 juta daripada Umno, menerusi artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di atas dakwaan itu tetapi kedua-duanya menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah. - The Star

SPRM, PAS, 1MDB

Artikel Lain