suria

Myanmar terima kepulangan pelarian etnik Chin - UNHCR

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan kerajaan Myanmar mengiktiraf dan menerima kepulangan pelarian etnik China, meskipun beberapa pemimpin komuniti Chin memberi reaksi untuk tidak berganjak.

Wakil UNHCR di Bangkok dalam kenyataannnya menerusi emel bertarikh 26 Februari kepada R.AGE mengumumkan bahawa UNCHR telah berkomunikasi dengan kerajaan Malaysia dan Myanmar mengenai proses semakan berhubung pemberhentian perlindungan pelarian buat pelarian Chin.

"Hak untuk kembali ke negara asal termaktub dalam undang-undang antarabangsa. Menerusi perbincangan pelbagai peringkat antara UNHCR dan pegawai-pegawai Myanmar, kerajaan Myanmar menerima hak asasi untuk pulang dan menyatakan mereka mengalu-alukan kepulangan etnik Chin," tambah kenyataan itu.

Statement UNHCR itu susulan laporan The Star pada 23 Februari lalu mengenai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia tidak 'diiktiraf secara rasmi' oleh UNHCR mengenai rancangan untuk menghentikan perlindungan pelarian buat etnik Chin.

Pengerusi Sekutu Pelarian Chin (ACR), Mung Khat berkata, maklumat oleh UNHCR 'tidak dijangka' kerana mereka tidak menerima banyak maklumat mengenai dasar pemberhentian itu sejak pengumuman dibuat Jun lalu.

"Kita telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan UNHCR (akhir Jun tahun lalu) tetapi tiada lagi selepas itu. Kita tidak mempunyai sebarang maklumat dan tidak tahu apakah dasar itu (jika ada) telah berubah di peringkat serantau. - The Star

Chin, Myanmar, UNHCR

Artikel Lain