suria

Anthony: Elak terbang di zon konflik India-Pakistan

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke memberitahu bahawa adalah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi syarikat penerbangan untuk mengelak daripada terbang di kawasan yang mengalami konflik.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketegangan yang semakin meningkat antara India dan Pakistan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suruhanjaya Tinggi sedia bawa pulang rakyat Malaysia jika perang India-Pakistan semakin tegang

Anthony berkata, juruterbang akan elak daripada terbang di sepanjang laluan tersebut (krisis).

"Saya diberitahu bahawa notis telah dikeluarkan untuk memberitahu semua syarikat penerbangan tentang perkara ini (India dan Pakistan) adalah zon konflik.

"Jadi mereka akan mengelakkan zon-zon ini demi keselamatan penumpang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan modul keselamatan jalan raya untuk sekolah rendah dengan Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik pada Khamis.

Laporan AFP memaklumkan kedua-dua negara tersebut mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat tempur masing-masing, susulan peningkatan konfrontasi perang antara dua musuh senjata nuklear tersebut. - The Star

Anthony, perang, Kashmir

Artikel Lain